Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Budak tepis tangan penculik

pix_gal1

GEORGETOWN: Jika tidak kerana keberaniannya, seorang murid tahun enam sebuah sekolah rendah di sini mungkin menjadi mangsa culik ketika menunggu bas di perhentian bas Taman Sri Bayan Lepas, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian pada jam 1.30 petang itu, mangsa yang berusia 12 tahun melawan dan menepis tangan seorang daripada empat suspek yang ketika itu menarik bajunya untuk membawanya masuk ke dalam kereta.

Kanak-kanak itu terus melarikan diri ke rumahnya terletak berhampiran lokasi kejadian dan ketika itu dua daripada lelaki berkenaan mengejarnya.

Bagaimanapun, sejurus tiba berhampiran kawasan rumahnya, kedua-dua lelaki terbabit berpatah balik apabila terserempak seorang wanita membuatkan hasrat mereka terbantut.


Menurut sumber, mangsa mendakwa dia sebelum itu disapa lelaki bercermin mata gelap yang menaiki kereta Proton Wira berwarna hitam. 

Komen


Berita Berkaitan