Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,651

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Budak tak gentar perompak berkapak

9:43am 07/09/2016 Pak Roshan 32 views Global
SARAH berdiri di antara pekerja ayahnya dan perompak sebelum membawa kakitangan lain ke tempat selamat. - MailOnline

SARAH berdiri di antara pekerja ayahnya dan perompak sebelum membawa kakitangan lain ke tempat selamat. – MailOnline

Auckland: Seorang budak perempuan berusia enam tahun digelar kanak-kanak paling berani di negara itu selepas tindakan beraninya berdepan perompak bersenjatakan kapak di kedai bapanya dan membawa pekerja ke tempat selamat.

Dalam kejadian petang Isnin lalu, kedai elektronik milik Suhail Patel diceroboh enam perompak yang turut mengancam kakitangannya menggunakan kapak.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan anak Patel, Sarah lari dan terjatuh sebelum meluru ke arah perompak memegang kapak yang sedang mengancam seorang kakitangan.

Lelaki terbabit yang nyata terkejut terpaku dan Sarah mengambil peluang itu untuk berlari serta menarik pekerja lain keluar dari premis itu.

Ketika ditemu ramah TVNZ, Patel berkata, dia amat bangga dengan Sarah.

“Dia sungguh berani. Memang saya sangat bangga dengannya.

“Mungkin dia menyangka mereka mahu memukul pekerja terbabit dan berusaha membantunya.

“Sebenarnya kami tidak tahu peranannya sehingga melihat rakaman CCTV,” katanya.

Katanya, Sarah masih terkejut dengan kejadian itu tetapi semakin pulih.

Perompak terbabit kemudian melarikan diri menaiki kereta, tetapi lima yang semuanya berusia 16 tahun berjaya ditahan. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan