Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Budak Perempuan Hampir Mati Ditinggal Dalam Kereta

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

SEORANG budak perempuan berusia 5 tahun hampir pengsan dan terkorban apabila bapanya yang cuai tertinggal anaknya itu di dalam kereta ketika ke pejabat.

Bapanya dikatakan bergegas masuk ke pejabat kerana ada urusan penting bersama tiga lagi anak yang lain namun terlupa untuk keluarkan anak bongsunya menyebabkan dia kepanasan di dalam kereta jenis Audi tersebut.

Menurut laporan media tempatan, budak malang itu bagaimanapun bertindak cerdik apabila menyalakan lampu kecemasan kereta untuk meminta bantuan orang ramai.

wml

Tindakan itu membuatkan seorang lelaki dan pengawal keselamatan datang memeriksa dan mendapati ada seorang budak sedang menangis di dalam kereta tersebut.

Tanpa membuang masa kedua-dua mereka memberitahu pihak polis yang bertindak memecahkan tingkap cermin kereta demi menyelamatkan nyawa budak terbabit.

Beberapa minit selepas usaha menyelamat dilakukan, bapa kanak-kanak itu muncul dan memohon maaf selain menyatakan kesal atas kecuaian dirinya.

– Agensi/MYNEWSHUB.CC

Komen


Berita Berkaitan