Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Budak paling tabah

budak

Beijing: Seorang pelajar berusia 11 tahun yang menghidap leukemia menjadi inspirasi di China apabila dia sering mengembara seorang diri sejauh 400 kilometer untuk menerima rawatan dan tetap hadir ke sekolah pada keesokan harinya.

Shi Luyao yang tinggal di sebuah kampung berhampiran bandar Liupanshui di wilayah Guizhou disahkan menghidap leukemia pada November 2013.

Bapanya kemudian membawa Shi berpindah ke wilayah Anhui supaya dia boleh menjalani rawatan kemoterapi di hospital di sana.

Sepanjang dua tahun menjalani rawatan, Shi terpaksa bercuti tetapi dia tetap bersemangat meneruskan pembelajarannya dengan meminjam buku rakan-rakannya.

Selepas selesai menjalani rawatan kemoterapi, Shi kembali semula ke kampung halamannya dan meneruskan persekolahannya. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan