Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,791

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Budak paling gemuk bersekolah semula

9:50am 27/08/2016 Pak Roshan 63 views Global
ARYA bermain bersama rakan sekelasnya di Sekolah Rendah Cipurwasari di Karawang, Jawa Barat. - Agensi

ARYA bermain bersama rakan sekelasnya di Sekolah Rendah Cipurwasari di Karawang, Jawa Barat. – Agensi

Karawang (Indonesia): Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang dianggap budak paling gemuk di dunia kini kembali ke sekolah selepas diet ketat berjaya menurunkan berat badannya.

Arya Permana menakutkan keluarganya selepas berat mencecah 192 kilogram menyebabkan ibu bapanya merayu bantuan kerana bimbang anaknya mungkin mati.

Disebabkan berat berlebihan, Arya menghabiskan masanya dengan berbaring kerana tidak mampu berjalan, duduk atau bermain untuk tempoh lama.

Selepas mendapat bantuan doktor dan pakar pemakanan di Hospital Bandung, Arya kini menjalani diet ketat serta latihan fizikal untuk membantunya menurunkan berat badan.

Berat badan Arya kini turun lima kilogram dan dia boleh berjalan ke sekolah serta bermain bersama rakan-rakannya.

Arya berkata, dia sangat gembira kerana dapat kembali ke sekolah dan bermain dengan rakannya.

“Semua orang termasuk guru dan rakan-rakan melayan saya dengan baik di sekolah.

“Saya belajar dan bermain dengan rakan-rakan. Saya sangat seronok,” katanya.

Jabatan Pelajaran Kerawang di Jawa Barat kini sedang membuat baju seragam sekolah khas untuk Arya.

Pihak sekolah juga menempah meja dan kerusi khas untuk pelajar istimewa itu supaya dia boleh duduk dan belajar dengan selesa.
– Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan