Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Budak muka menggelebeh

BHUPINDER takut meninggalkan kampungnya.
BHUPINDER takut meninggalkan kampungnya.

New Delhi: Seorang remaja tidak berani meninggalkan kampungnya kerana berwajah cacat akibat penyakit yang menyebabkan sebelah wajahnya menggelebeh sehingga mengundang cacian dan hinaan orang ramai.

Bhupinder Singh, 16, hidup menyendiri kerana penyakit genetik dialaminya, neurofibromatosis, yang menyebabkan ketumbuhan tidak terkawal pada sarafnya.

Dia dilahirkan dengan ketumbuhan kecil pada kelopak mata kanan yang membesar semakin dia meningkat usia sehingga menutup sebahagian wajah. Akibatnya, dia tidak boleh melihat, makan atau bercakap dengan baik.

Disebabkan paras rupanya juga dia tidak dapat bersekolah, malah takut keluar dari kampungnya kerana bimbang orang lain tidak dapat menerima keadaannya.

“Penduduk di sini menerima saya, tetapi orang asing akan merenung dan berbisik-bisik sesama mereka atau menghina saya. – HMetro

Komen


Berita Berkaitan