Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,791

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Budak maut terkena bom

8:15pm 03/12/2015 Pak Roshan 140 views Jenayah,Mutakhir
LOKASI kejadian letupan bom ikan. FOTO ihsan Polis

LOKASI kejadian letupan bom ikan. FOTO ihsan Polis

Semporna: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun maut manakala empat lain dipercayai ahli keluarganya, cedera selepas dipercayai terkena letupan bom ikan di rumah mereka di perkampungan atas air Kampung Hidayat, Pulau Bum-Bum, Semporna, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi, Julpi Elexson, mati serta-merta sebelum dikebumikan sendiri oleh bapa mangsa sejurus selepas kejadian itu.

Empat mangsa yang cedera dikenali sebagai Masitah Elexson, 27, dan adiknya Rashi, 10; Dantai Kaldi, 27, dan seorang wanita yang hanya dikenali sebagai Noaidah Tirun.

Terdahulu, bunyi letupan kuat itu didengari jiran sebelum menghubungi pihak berkuasa memaklumkan perkara itu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, sebaik menerima maklumat, sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian untuk melakukan siasatan.

“Sebaik tiba, polis mendapati rumah didiami 11 individu masing-masing dipercayai mempunyai tali persaudaraan itu sudah ranap sepenuhnya.

“Polis kemudian melakukan soal siasat terhadap pemilik rumah berusia 50 tahun sebelum mengaku berlaku satu letupan menyebabkan salah seorang anaknya meninggal dunia,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, sebentar tadi.

Jalaluddin berkata, bapa mangsa turut menunjukkan lokasi anaknya ditanam sebelum digali dan mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Semporna untuk bedah siasat.

“Empat lain yang mengalami kecederaan turut dihantar ke hospital sama untuk mendapatkan rawatan.

“Bapa mangsa kemudian ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Menurut Jalaluddin, kes disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan.- myMetro Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan