Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Budak Mati Selepas Makan Lolipop Mengandungi Racun Tikus

lolipop

China – Malang menimpa seorang kanak-kanak berusia enam tahun apabila dia meninggal dunia dalam keadaan tragis akibat makan gula-gula lolipop yang dikutip di padang permainan.

Rupa-rupanya lolipop itu mengandungi racun tikus hingga menyebabkan Xiao Li, meninggal dunia, dua hari selepas makan gula-gula berkenaan.

Dalam kejadian itu, Xiao Li sedang bermain dengan kawan-kawannya di padang apabila dia melihat lolipop itu. Tanpa menunggu lama, Xiao Li membuka balutan kertas pembalut dan makannya.

LOLIPOP

Tidak lama kemudian Xiao Li jatuh pengsan dan dia dikejarkan ke hospital oleh bapanya, Jin Hsueh, 45. Ketika itu budak itu mengalami pendarahan di bahagian mata, telinga dan mulut.

Dia juga sukar bernafas dan berada dalam keadaan tenat.

Menurut doktor, Xiao Li mengandungi 100 kali toksik dengan organ dalamannya telah musnah akibat racun berkenaan dan darahnya juga menjadi hitam.

Doktor bergelut menyelamatkan Xiao Li namun budak malang itu meninggal dunia dua hari selepas kejadian.

Ujian yang dijalankan ke atas lolipop itu mendapati ia mengandungi lethal neurotoxin yang tinggi. Bahan berkenaan digunakan dalam racun tikus.- MYNEWSHUB.CC

Komen


Berita Berkaitan