Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,798

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Budak mati diduduk bapa

9:37am 05/01/2016 Pak Roshan 2646 views Global
DEARMAN bersama anaknya yang mati dan teman wanitanya ketika menyambut ulang tahun kelahiran mangsa beberapa bulan lalu.

DEARMAN bersama anaknya yang mati dan teman wanitanya ketika menyambut ulang tahun kelahiran mangsa beberapa bulan lalu.

Florida: Seorang lelaki seberat 112 kilogram berdepan tuduhan menyebabkan kematian tanpa niat membunuh selepas didakwa duduk di atas anaknya yang berusia enam tahun sambil bermain permainan video.

James ‘Rick’ Dearman, 31, dan teman wanitanya Ashley Cole memberitahu polis, mereka cuba mendisiplinkan dua anak mereka yang enggan tidur sehari sebelum Krismas.

Dia mengarahkan kedua-dua anaknya berdiri menghadap dinding. Apabila melihat seorang daripada mereka menyaksikan dia bermain, Dearman memaksanya meniarap di atas sofa dan dia duduk di atasnya sambil meneruskan permainan.

Polis berkata, pasangan itu tidak mempedulikan jeritan kanak-kanak berkenaan yang meminta tolong kerana sukar benafas.

Lima minit kemudian mereka menyedari mangsa tidak bergerak sebelum mengambil keputusan memanggil ambulans.

Paramedik membawa budak itu ke hospital, tempat dia disahkan mati.

Ketika ditanya mengenai kejadian itu, anak Dearman yang berusia tujuh tahun memberitahu polis: “Bapa duduk di atasnya dan dia mati.” – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan