Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Budak Lelaki Miliki Tangan Gergasi

tangan gergasi

INDIA : Sekupulan doktor India bingung dengan penyakit tangan
seorang kanak-kanak lelaki yang bersaiz gergasi, malah lebih
besar daripada kepalanya.

Tangan kanak-kanak yang dikenali sebagai Kaleem itu adalah
seberat lapan kilogram setiap sebelah dan sebesar 33 sentimeter.

Kaleem berkata,”Saya tidak mahu ke sekolah kerana cikgu beritahu
budak-budak lain takut dengan tangan saya.

“Ramai kanak-kanak sering buli dan pukul saya di sekolah. Mereka
juga berkata, mari memukul budak tangan besar.”

Kaleem turut mengalami masalah ketika ingin memakai baju,
menarik dan menolak seluar, selain membutangkan pakaian dan
makan.

“Saya pun tidak tahu sama ada mahu benarkan doktor melakukan
pembedahan pada tangan ini.

“Saya tidak mempunyai masalah jika mereka boleh melakukannya
tanpa suntikan,” ujarnya.

Pengarah hospital tempatan, Dr Ratan berkata, “Sepanjang
pengetahuan saya, kes seperti ini amat jarang berlaku.

“Saya tidak pernah melihat di dalam jurnal perubatan atau
internet tentang kes tangan berkembang dengan besar.

“Sehingga kita lakukan ujian genetik yang betul, kita tidak akan
dapat mengatakan dengan tepat apa yang menyebabkan kecacatan
ini.”

Menurutnya, hasil pemeriksaan kesihatan setakat ini mendapati
Kaleem berada dalam keadaan sihat seperti kanak-kanak lain. –
mStar

Komen


Berita Berkaitan