Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,795

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Budak lelaki dipercayai dibaham buaya

9:20pm 04/08/2016 Pak Roshan 3468 views Berita Pilihan,Mutakhir,Tawau,Tempatan

buaya-sungai-nil

TAWAU: Seorang kanak-kanak lelaki hilang dipercayai dibaham buaya ketika mandi bersama ibunya di Kebun Sapi Kampung Rancangan Kalabakan, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, Jasimal Anton, 9, dipercayai cuba mengambil sabun di atas jambatan sebelum seekor buaya muncul dan menyambarnya.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Faizal Ahmad, berkata lima anggota Bomba Sukarela Kalabakan digerakkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kira-kira jam 8 pagi.

“Anggota bomba bersama penduduk kampung membuat kini pemantauan dan usaha mencari dan menyelamat digerak menggunakan enam perahu.

“Bagaimanapun, usaha mencari secara selaman tidak dapat dilakukan kerana bimbang serangan buaya berikutan air pasang,” katanya di sini. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan