Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Budak Lelaki 7 Tahun Maut Dilanggar Kereta Di Labuan

KEADAAN kereta Toyota Avanza yang melanggar budak lelaki di Jalan Rancha-Rancha
KEADAAN kereta Toyota Avanza yang melanggar budak lelaki di Jalan Rancha-Rancha

LABUAN : Kemalangan membabitkan budak lelaki berusia tujuh tahun yang maut setelah dilanggar kereta ketika melintas di Jalan Rancha-Rancha di sini pada Selasa, menarik perhatian ramai di media sosial apabila dia ditemui terbaring di tepi jalan.

Berdasarkan siasatan polis, budak lelaki itu sedang menggolek tayar motosikal semasa melintas jalan ketika kejadian itu berlaku pada kira-kira 1.55 tengah hari.

“Budak itu dilanggar oleh kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Avanza yang dipandu pelajar berusia 21 tahun yang ketika itu dalam perjalanan ke Kampus Antarabangsa Universiti Malaysia Sabah. Budak lelaki itu cedera parah dan dilaporkan meninggal dunia pada 12.10 pagi tadi,” kata ketua polis Labuan Supt Adzhar Othman.

— BERNAMA

Lokasi kemalangan di Jalan Rancha-Rancha Labuan
Lokasi kemalangan di Jalan Rancha-Rancha Labuan

Komen


Berita Berkaitan