Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Budak lapan tahun gemar makan pasir

budak-pasir

Wakefield (Britain): Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang mengalami masalah pemakanan gemar memakan pasir, tanah liat, plastik gelembung dan makanan anjing.

Lebih membimbangkan, Jessica Walker tidak suka memakan makanan biasa termasuk makanan ringan seperti kanak-kanak lain.

Ibu Jessica, Lindsay
Jackson, 37, berkata, dia mula mengesan kelakuan pelik anaknya ketika kanak-kanak berkenaan masih bayi.

Katanya, ketika bayi, Jessica akan merangkak dan memakan biskut yang diletakkan di dalam bekas makanan anjing peliharaannya.

“Sejak kecil Jessica gemar memakan makanan anjing, lumpur, pasir dan lilin.

“Baru-baru ini saya melihat dia mengunyah plastik gelembung yang saya gunakan untuk membungkus barangan,” katanya.

Menurutnya, doktor mengesahkan Jessica menghidap sindrom luar biasa dikenali sebagai PICA iaitu satu kecenderungan memakan makanan yang tidak berkhasiat.

Tambahnya, dia bimbang kerana doktor memberitahu tiada ubat atau cara yang dapat mengubati tabiat pemakanan pelik anaknya.

“Saya kini mampu mengawasi Jessica pada setiap masa dan memujuknya memakan makanan seperti kanak-kanak normal.

“Saya berharap Jessica pulih apabila dia meningkat dewasa,” jelasnya. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan