Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Budak hamba

SEBAHAGIAN kanak-kanak yang diselamatkan.
SEBAHAGIAN kanak-kanak yang diselamatkan.

New Delhi: Polis di India menyelamatkan ratusan kanak-kanak sekecil enam tahun yang dijadikan hamba hasil serbuan di beberapa kilang di Hyderabad.

Seramai 120 budak – yang kebanyakannya sakit, terlalu kurus dan dalam keadaan trauma – ditemui polis dalam serbuan di kilang yang membuat gelang serta barangan lain dalam sebahagian daripada usaha negeri itu menghapuskan penghambaan kanak-kanak.

Timbalan komisioner polis, V Satyanarayana berkata: “Ramai mempunyai sakit kulit kronik dan terlalu kurus kerana tidak diberi makanan dengan sempurna.”

Katanya, mangsa memberitahu mereka terpaksa bekerja sehingga 16 jam sehari tanpa diberi rehat, selain sering diugut dipukul atau dipaksa berlapar jika melanggar arahan.

Ramai mangsa datang dari kawasan miskin di Bihar selepas dijual ibu bapa dengan harga 5,000 hingga 10,000 rupee (RM290- RM585).

“Mereka disimpan dalam bilik kecil yang gelap tanpa ruang pengudaraan selain terdedah dengan gas berbahaya.

“Kami meneruskan kempen menghapuskan pemerdagangan manusia serta penghambaan ini,” kata Satyanarayana.

Polis mula melakukan serbuan besar-besaran terhadap puluhan kilang kecil yang terletak di lokasi tersorok di bandar terbabit hasil maklumat kumpulan hak asasi kanak-kanak.

Kira-kira 220 budak diselamatkan minggu lalu di kilang-kilang di selatan bandar itu.

Satyanarayana berkata, 31 ejen dan penjual ditahan serta didakwa atas tuduhan penghambaan kanak-kanak. Polis kini berusaha menyatukan mangsa bersama keluarga mereka.

Seramai 11 kanak-kanak dilaporkan hilang di India setiap jam dengan hampir 40 peratus gagal dikesan. Ramai dijual untuk menjadi pelacur dan hamba.-AFP

Komen


Berita Berkaitan