Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Budak dibuli dalam sangkar

10:57am 30/10/2016 Pak Roshan 862 views Global
RAKAMAN video menunjukkan kanak-kanak itu merayu dilepaskan. - Agensi

RAKAMAN video menunjukkan kanak-kanak itu merayu dilepaskan. – Agensi

Tokyo: Seorang budak lelaki dikurung di dalam sangkar oleh kumpulan dipercayai pembuli selepas mereka mencuri telefon bimbitnya dalam rakaman yang menjadi viral di Jepun.

Kanak-kanak itu dilihat sukar bergerak di dalam sangkar diperbuat daripada konkrit dan keluli itu serta merayu kepada sekumpulan budak lelaki supaya melepaskannya.

Namun kumpulan berkenaan cuma gelak dan mengejeknya sambil mengugut mengurungnya sepanjang malam.

“Jangan bimbang, kami akan memastikan kamu makan,” kata mereka.

Rakaman kejadian di Sekolah Tinggi Hanamaki Minami, wilayah Iwate itu tersebar di Internet menyebabakan pihak berkuasa pendidikan – yang pada awalnya memandang remeh kejadian itu terpaksa mengambil tindakan.

Pihak berkuasa sekolah itu mendakwa budak lelaki terbabit tidak dikurung dan boleh melarikan diri bila-bila masa. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan