Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,644

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Budak dalam beg

9:22am 11/08/2016 Pak Roshan 3941 views Global
GAMBAR dari rakaman video menunjukkan polis membuka beg dan mengeluarkan kanak-kanak berkenaan. FOTO Globo News.

GAMBAR dari rakaman video menunjukkan polis membuka beg dan mengeluarkan kanak-kanak berkenaan. FOTO Globo News.

Brasilia: Seorang wanita ditahan selepas penumpang bas dinaikinya melihat satu tangan terjulur dari bagasi dibawanya.

Polis yang memeriksa beg berkenaan menemui seorang budak lelaki berusia 11 tahun di dalamnya.

Dalam keterangannya kepada polis, Natasha Vitoriano Souto, 23, berkata, budak itu yang namanya tidak didedahkan merayu dia mengambilnya sebagai anak angkat.

Natasha bersetuju memenuhi permintaan budak itu dan mengambil keputusan membawanya pulang ke kampungnya di selatan Brazil. Untuk berbuat demikian, dia menyumbat budak itu ke dalam beg dengan sehelai selimut merah jambu.

Malangnya, perbuatan itu terbongkar sebelum bas itu berlepas dari Rio de Janeiro, lapor Globo TV. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan