Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,697

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Budak cacat dianggap dewa

10:22am 10/11/2016 Pak Roshan 13 views Global
PRANSHU (tengah) disembah penduduk kampung. FOTO DM

PRANSHU (tengah) disembah penduduk kampung. FOTO DM

Punjab: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun disembah sebagai jelmaan dewa Hindu oleh penduduk sebuah kampung selepas kecacatannya menyebabkan dahinya besar dan matanya sepit.

Pranshu dari kampung Jalandhar di negeri Punjab, India, dilahirkan cacat dan tidak boleh berjalan.

Bagaimanapun, penduduk kampung percaya dia jelmaan dewa Ganesha, yang digambarkan penganut Hindu dengan kepala gajah pada tubuh manusia serta dianggap pemberi rezeki.

Pranshu disembah penduduk kampung, termasuk gurunya yang akan menundukkan kepala mereka setiap kali berdepan dengannya.

Setiap Khamis, dia akan duduk di luar kuil di kampungnya untuk merestui orang ramai. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan