Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Budak bunuh bayi

9:02am 12/11/2015 Pak Roshan 1033 views Global
KATERRA dan Kelci.

KATERRA dan Kelci.

Atlanta: Seorang budak lelaki berusia lapan tahun didakwa atas tuduhan membunuh dengan menyerang kejam seorang bayi selepas ibu mangsa meninggalkan mereka bersendirian di rumah untuk mengunjungi kelab malam.

Pihak berkuasa mengumumkan akan mendakwa budak lelaki terbabit, yang identitinya tidak didedahkan, selepas hampir sebulan kematian bayi berusia setahun, Kelci Lewis yang ditemui tidak sedarkan diri pada 11 Oktober lalu.

Penyiasat percaya budak lelaki itu bertindak ganas apabila bayi berkenaan tidak berhenti menangis, kata jurucakap polis Leftenan Sean Edwards pada sidang akhbar semalam, sehari selepas ibu bayi perempuan itu, Katerra Lewis, menyerah diri dan didakwa menyebabkan kematian anaknya tanpa niat membunuh.

Ketika kejadian 10 Oktober lalu itu, Katerra dan rakannya keluar sehingga lewat malam dengan meninggalkan enam kanak-kanak yang semuanya berusia tidak lebih lapan tahun di rumah apabila bayinya mula menangis. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan