Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Budak bulu

SELURUH badan Xiaoling berbulu.
SELURUH badan Xiaoling berbulu.

Beijing: Seorang budak perempuan berusia lapan tahun yang mempunyai bulu berlebihan di seluruh badannya kini mengharapkan bantuan badan kebajikan menaja rawatan laser bagi mengubati keadaannya.

Xiaoling dari Guilin di wilayah Guangxi di selatan China dilahirkan dengan penyakit pelik dikenali sebagai hipertrikosis atau sindrom Ambras yang menyebabkan pertumbuhan rambut abnormal pada badannya termasuk wajah sejak lahir lagi.

Dia kini dipenuhi rambut serta bulu dari kepala hingga kaki dan menyedari dirinya berbeza daripada budak perempuan lain seusianya.

Disebabkan badannya dipenuhi bulu, Xiaoling tidak boleh berenang atau memakai gaun serta seluar pendek kerana sering diejek.

Keadaan itu yang turut dikenali dengan jolokan sindrom ‘werewolf’ (serigala jadian) bukanlah satu penyakit, sebaliknya dipercayai tindak balas badan terhadap keadaan perubatan yang lebih serius. Malangnya, dalam kes Xiaoling doktor juga tidak pasti apa yang mencetuskannya.- Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan