Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Budak besi

ABHISHEK menunjukkan kekuatannya. Gambar kecil, bongkah kayu bercangkuk yang digunakan Abhishek untuk menarik kereta. - MailOnline
ABHISHEK menunjukkan kekuatannya. Gambar kecil, bongkah kayu bercangkuk yang digunakan Abhishek untuk menarik kereta. – MailOnline

New Delhi: Seorang remaja mempunyai kekuatan luar biasa sehingga mampu menarik dua kereta dengan menggunakan belikatnya.

Abhishek Choubey, 18, mendapat gelaran ‘Belikat Besi’ di kampungnya kerana keupayaannya yang luar biasa itu.

Dia menarik kereta menggunakan tali yang diikat pada bongkah kayu, dan diletakkan di antara belikatnya.

Abhishek mendakwa dia satu-satunya orang yang mempunyai kekuatan seperti itu dan kini menyasarkan rekod dunia.

“Pada kali pertama saya menarik kereta seberat 1,049 kilogram sejauh 27.5 meter. Kemudian saya mencuba pula menarik dua kereta serentak tanpa menyangka mampu melakukannya,” katanya. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan