Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Budak 6 tahun jadi guru Al-Quran

6 tahun guru mengaji

KUALA TERENGGANU- Usianya baru mencecah 6 tahun, namun kebolehannya menguasai bacaan ayat suci al-Quran begitu mengagumkan. Itulah kebolehan luar biasa yang dimiliki Nur Malisa Bahari dari Kampung Bukit Wan, di Batu Rakit.

Lebih menarik lagi, Nur Malisa juga muncul peserta paling muda yang pernah menyertai Program Tadarus Al-Quran anjuran Pergerakan Wanita Umno Cawangan Bukit Wan yang diadakan setiap tahun.

Kebolehan dimiliki Nur Malisa yang merupakan murid prasekolah di Sekolah Kebangsaan Bukit Wan membuatkan dirinya menjadi tumpuan ramai, apatah lagi dia mampu membaca dengan lancar.

Ibunya, Latipah Ismail, 44, berkata, anak bongsunya itu mampu menguasai bacaan al-Quran seawal usia 3 tahun kerana sering mengikuti neneknya ke majlis ilmu sejak kecil.

Menurutnya, seawal usia 5 tahun, Nur Malisa sudah khatam al-Quran dan sebagai ibu dia sangat berbangga dengan kebolehan yang ditunjuk anaknya.

“Malah, disebabkan kebolehan luar biasa yang dimiliki, Nur Malisa juga diberi kepercayaan untuk mengajar rakan sebaya membaca al-Quran bagi membantu neneknya yang merupakan guru kelas al-Quran.

“Alhamdulillah, sebagai ibu saya sentiasa ingin melihat anak-anak berjaya dan kebolehan Nur Malisa menguasai bacaan al-Quran dengan baik pada usia yang terlalu muda ini diharap mampu memberi rangsangan kepada anak kecil lain,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan