Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,642

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Budak 3 tahun sesat tiga hari dalam hutan

9:28am 24/09/2016 Pak Roshan 1478 views Global
TSERIN diberi minum air oleh ibunya selepas dibawa keluar dari hutan.

TSERIN diberi minum air oleh ibunya selepas dibawa keluar dari hutan.

Moscow: Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang hilang dalam hutan di Siberia ditemui tiga hari kemudian dalam keadaan hidup dan sihat walaupun berdepan dengan cuaca bawah paras beku dan ancaman serigala, beruang serta sungai berbahaya.

Media tempatan melaporkan, kanak-kanak berkenaan, Tserin, hilang dari kediamannya di kampung pedalaman di Tyva, selatan Siberia, Ahad lalu.

Tserin yang ditinggalkan seorang diri di rumahnya dipercayai mengejar anjingnya yang berlari memasuki hutan berkenaan.

Gerakan mencari membabitkan lebih 100 polis dan penyelamat yang menggunakan anjing pengesan dan helikopter gagal menemuinya.

Semalam, kanak-kanak itu dikatakan menyahut teriakan bapa saudaranya, beberapa kilometer dari rumah keluarganya.

Perkara pertama dia tanya ialah kereta mainannya, kata seorang pekerja penyelamat.

Tserin dipercayai terselamat kerana dia tidak panik, kata seorang pegawai.

Perkara pertama dilakukannya selepas sesat dalam hutan ialah makan coklat yang ada di dalam saku seluarnya.

Dia kemudian dipercayai tertidur di bawah pokok besar. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan