Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Budak 3 tahun dipenjara seumur hidup

Ahmed Mansour Qurani Ali, 3, yang dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup akibat kesilapan pendakwa. - Foto The Washington Post
Ahmed Mansour Qurani Ali, 3, yang dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup akibat kesilapan pendakwa. – Foto The Washington Post

Kaherah: Seorang budak lelaki berusia tiga tahun dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup oleh Mahkamah Tentera Mesir minggu lalu, bagi tuduhan membunuh empat orang dan hampir membunuh lapan lagi serta merosakkan harta kerajaan ketika rusuhan pada 2014 kerana kesilapan pihak pendakwa.

Menurut peguam budak itu, nama kanak-kanak berkenaan, Ahmed Mansour Qurani Ali dimasukkan dalam senarai 115 perusuh oleh penyokong Persaudaraan Islam akibat kesilapan pihak pendakwa yang menyertakan sijil kelahirannya kepada hakim.

Kesilapan itu disahkan tentera dan tuduhan berkenaan sebenarnya untuk seseorang namanya hampir sama dengan Ali iaitu Ahmed Mansour Qurani Sharara. – The Washington Post/HMetro

Komen


Berita Berkaitan