Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Budak 10 tahun maut dalam serangan udara Israel

SALMAN Abu Khousa menangis di sisi mayat anak lelakinya, Yassin yang maut dalam serangan udara Israel.
SALMAN Abu Khousa menangis di sisi mayat anak lelakinya, Yassin yang maut dalam serangan udara Israel.

Gaza: Seorang budak lelaki Palestin berusia 10 tahun maut selepas kediamannya terkena serpihan peluru berpandu yang dilancarkan dari jet pejuang tentera Israel di sini semalam.

Serangan udara itu berlaku beberapa jam selepas pejuang Palestin melepaskan tembakan roket ke wilayah Israel.

Tentera Zionis berkata, jet pejuang rejim itu menyerang empat kem latihan Hamas selepas empat roket mendarat di kawasan terbuka di selatan Israel pada lewat kelmarin.

Bagaimanapun, serangan roket itu tidak menyebabkan sebarang kerosakan atau kecederaan.

Penduduk Beit Lahiya di utara Semenanjung Gaza memberitahu, Yassin Abu Khoussa maut selepas serpihan peluru berpandu Israel terkena rumahnya yang terletak bersebelahan kem latihan berkenaan.

Pegawai perubatan berkata, adik perempuannya yang berusia enam tahun pula cedera.

Yassin penduduk Palestin pertama terbunuh dalam serangan udara Israel sejak Oktober tahun lalu.

Tentera Israel memberitahu, sejak tahun ini sebanyak tujuh roket termasuk serangan kelmarin dilancarkan dari Semenanjung Gaza ke negara itu. – Reuters/HMetro

Komen


Berita Berkaitan