Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Buaya merangkak lintas padang golf

10:01am 01/06/2016 Pak Roshan 1670 views Global
SEORANG pemain golf memerhatikan buaya berkenaan merangkak.

SEORANG pemain golf memerhatikan buaya berkenaan merangkak.

Palmetto: Sekumpulan pemain golf di Padang Golf Buffalo Creek, Florida, Amerika Syarikat, terkejut apabila seekor buaya besar tiba-tiba merangkak di padang itu.

Charles Helms, 56, berkata, dia berada di lubang ketiga apabila melihat haiwan itu merangkak.

“Semua pemain terkejut. Ada yang sempat merakamkan video dan gambar,” katanya.

Menurutnya, buaya itu sungguh besar.

“Ia merangkak begitu perlahan,” kata Helms.

Menurut laporan, buaya itu memang dibenarkan tinggal di situ.

“Ia tidak mengganggu sesiapa dan ia juga tidak diganggu. Dia umpama maskot padang golf ini,” kata seorang pekerja, Wendy Schofield.

Dia juga berkata, haiwan itu sudah lama tinggal di padang golf berkenaan dan ada yang mendakwa ia sepanjang antara 4.6 dan 4.8 meter.

Jika anggaran itu tepat, buaya itu mungkin berpeluang diiktiraf sebagai antara yang terbesar di dunia.

Buaya paling besar pernah ditangkap di Florida setakat ini berukuran kira-kira 4.6 meter dan berat 362 kilogram. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan