Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Buat aduan terhadap pemilik PPR sewa rumah kepada PATI

pprt

TAWAU – Pemilik rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) diminta tidak sesekali menyewakan rumah mereka kepada orang lain khusus pendatang asing tanpa izin (PATI).

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Awang Besar Dullah berkata, tindakan mereka menyewakan rumah berkenaan hanya akan memberi ruang kepada PATI terus berada di negeri ini.

Menurutnya, rumah PPR berkenaan dikhususkan untuk warganegara Malaysia yang berkelayakan sahaja dan tidak seharusnya pemilik menyalahgunakan dan menyewakannya kepada PATI.

“Pemilik rumah jangan bertindak menyewakan rumah yang telah diamanahkan, apalagi kepada PATI, pemilik perlu memikirkan aspek keselamatan dan keamanan di tempat masing-masing,” katanya ketika berucap dalam Program Pencegahan Jenayah Bersama Warga Taman Sri Apas Batu 8 Jalan Apas, di sini hari ini.

Mengenai program berkenaan, Awang Besar berkata, ia dapat mengeratkan hubungan silaturrahim, sekaligus membantu kerjasama yang lebih baik di antara pihak berkuasa dan komuniti.

“Kita memerlukan masyarakat untuk mendapatkan maklumat kerana kita mempunyai kekangan dari segi keanggotaan. Justeru, dengan kerjasama masyarakat kita akan dapat bertindak dengan lebih berkesan,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menyambut baik inisiatif Jabatan Perpaduan Negara Integrasi Nasional (JPNIN) yang telah mewujudkan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang melakukan rondaan secara bersama.

Katanya, program tersebut banyak membantu pihak polis dalam usaha menangani kejadian jenayah yang berlaku di kawasan taman-taman perumahan di daerah itu. – oleh Masani Sandan / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan