Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Buang mayat dalam lubang tandas

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Osogbo (Nigeria): Penduduk di sini terkejut apabila menemui mayat seorang wanita berusia 20-an yang dipercayai dibunuh teman lelakinya, di dalam lubang tandas.

Suspek, Soji, buruh binaan dilapor berpacaran dengan mangsa sejak beberapa tahun lalu.

Pembunuhan itu terbongkar apabila penduduk mengadu menghidu bau busuk dari tandas berkenaan. Menurut mereka, tiada siapa terfikir bau itu datangnya dari mayat yang dibuang di dalam lubang tandas itu.

Mereka pernah melihat Soji menuang cecair pembasmi kuman ke dalam tandas itu untuk menghilangkan bau.

Seorang saksi memberitahu: “Polis datang mengangkat mayat wanita itu kelmarin. Mereka terpaksa memecahkan dinding tandas untuk mengeluarkan mayat berkenaan. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan