Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,733

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Buang anak kerana tak mahu tinggal pesawat

11:33am 17/11/2016 Pak Roshan 1 views Global
GAMBAR hiasan, bayi itu ditemui oleh seorang pekerja cuci tandas lapangan terbang. - Agensi

GAMBAR hiasan, bayi itu ditemui oleh seorang pekerja cuci tandas lapangan terbang. – Agensi

Vienna: Seorang wanita Nigeria ditangkap selepas didakwa membuang anak yang baru dilahirkannya ke dalam tong sampah di sebuah tandas di lapangan terbang di sini.

Bayi itu ditemui oleh seorang pekerja di dalam beg plastik di Lapangan Terbang Antarabangsa Vienna, tetapi mati di hospital beberapa hari lalu.

Pihak berkuasa mengesahkan wanita berusia 27 tahun itu yang namanya tidak didedahkan ialah ibu bayi itu.

Menurut laporan media tempatan, wanita itu yang tiba dari Minsk, Belarus dan mahu menaiki pesawat ke Washington, Amerika Syarikat memberitahu pihak berkuasa, dia membuang bayinya kerana tidak mahu terlepas penerbangan.

Jurucakap polis berkata, dia ditemui berlumuran darah di kawasan menunggu sebelum dibawa ke hospital.

Wanita itu dilaporkan berkata, dia menyangka dia keguguran dan anaknya mati, menyebabkan dia membuangnya ke dalam tong sampah.

Bagaimanapun, pegawai mengesahkan, bayi itu mati di hospital kerana kekurangan oksigen dalam tempoh lama.

Pembedahan mayat bayi itu akan dilakukan bagi memastikan kematiannya sementara wanita terbabit, seorang pelajar, masih ditahan. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan