Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Buang 20,000 ‘pekerja hantu’

gambar hiasan
gambar hiasan

Lagos: Kementerian Kewangan Nigeria berjaya menyelamatkan berjuta-juta dolar wang kerajaan dengan membuang lebih 20,000 ‘pekerja hantu’ dari senarai gaji kerajaan.

Penyingkiran pekerja hantu itu mewakili sebahagian kecil kakitangan yang tidak wujud yang menerima gaji bulanan, menyerlahkan kegiatan rasuah di negara ekonomi terbesar di Afrika itu.

“Bayaran gaji untuk Februari 2016 menurun 2.293 bilion naira (RM48.5 juta),” kata penasihat kementerian, Festus Akanbi, dalam satu kenyataan yang dikeluarkannya.

Menurutnya peraturan pembayaran gaji yang lebih ketat akan meningkatkan belanjawan ketika pendapatan kerajaan semakin berkurangan akibat kejatuhan harga minyak global.

Selain itu, katanya, mengurangkan kos pekerja menjadi kunci utama untuk membiayai defisit bajet 2016, kerana simpanan yang dibuat akan dapat mengurangkan jumlah pinjaman.

Dalam perkembangan sama, Lembaga Pencen Tentera negara itu juga menghentikan pembayaran kepada lebih 19,200 anggota yang didapati sudah mati sejak audit terakhir pada 2012.

Sejurus sebelum perubahan kerajaan Nigeria tahun lalu, sebuah jawatankuasa menentang amalan rasuah mendapati lebih 45,000 pekerja hantu di kementerian kewangan sahaja. – AFP/HMetro

Komen


Berita Berkaitan