Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,663

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Buah rambutan membawa maut

9:47pm 25/01/2016 Ann Vivien 9823 views Isu Semasa,Tempatan
Douglas menunjukan parang yang disyaki digunakan oleh suspek membunuh pakciknya.

Douglas menunjukan parang yang disyaki digunakan oleh suspek membunuh pakciknya.

KENINGAU: Gara-gara buah rambutan seorang lelaki warga emas di Kampung Likowon, Sook  maut ditetak bertubi-tubi dengan 28 kesan tetakan oleh anak buahnya  lebih kurang jam 10.00 pagi pada 22 Januari lepas.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Supritendan Polis (DSP) Douglas Nyeging Taong berkata, mangsa Angah Bin Angamai  85, maut ditetak oleh suspek di belakang rumahnya.

Katanya, bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Keningau yang diketuai oleh Ketua  Bahagiannya  ASP Lee Nyuk Kim bergegas ke tempat kejadian.

“Siasatan mendapati pada 23 Januari lebih kurang jam 10.00 pagi seorang petani di kampung berkenaan yang pergi ke tebasan telah menjumpai mayat di sungai Bonor, Sook. Saksi telah menghubungi orang kampung yang juga pengadu yang berada di Keningau yang kemudiannya melaporkannya di balai polis Keningau sebagai maklumat pertama” katanya dalam sidang media di IPD di sini pada Isnin.

Douglas berkata, siasatan lanjut mendapati punca atau motif kejadian adalah disebabkan suspek tidak berpuas hati dengan mangsa yang mengambil buah rambutan di belakang rumahnya.

Katanya, suspek telah ditangkap pada 23 Januari lebih kurang jam 4.30 petang  bersama dengan barang bukti sebilah parang berukuran 61 CM panjang dan telah dibawa ke balai untuk tindakan dan siasatan lanjut. Suspek telah direman selama enam hari sehingga 29 Januari ini untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Kesiksaan kerana membunuh yang boleh dihukum mati jika sabit kesalahan.- Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan