Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,501

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Buah pinggang kena curi

10:48am 01/03/2017 Pak Roshan 7253 views Global

SRI Rabitah menunjukkan gambar imbasan X-ray yang menunjukkan buah pinggang kanannya hilang dipercayai dicuri. – Kompas.com

Lombok: Seorang wanita terkejut selepas mendapati buah pinggangnya hilang dipercayai dicuri ketika dia bekerja sebagai pembantu rumah di Doha, Qatar hampir tiga tahun lalu.

Sri Rabitah, 25, yang berasal dari kampung Sesait, Lombok Utara berkata, dia pada mulanya bekerja di Malaysia tetapi ditawarkan pekerjaan di Doha dengan gaji lumayan oleh seorang wanita Indonesia pada 2014.

Katanya, dia bersama 22 warga Indonesia lain pergi ke Doha dan diambil bekerja oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Gada.

“Pada hari ketiga bekerja majikan membawa saya ke sebuah hospital dengan alasan untuk pemeriksaan kesihatan.

“Bagaimanapun, saya tiba-tiba dibius menyebabkan saya tidak sedarkan diri dan terus dibawa masuk ke dewan bedah,” katanya.

Menurutnya, apabila sedar, dia merasa sakit di bahagian kanan pinggang dan ada kesan jahitan di bahagian itu.

“Tidak lama selepas itu, majikan menghantar saya pulang ke agensi pekerjaan di Abu Dhabi di mana saya diambil bekerja oleh majikan lain.

“Saya bekerja dengan tiga majikan berbeza tetapi mereka semua menghantar saya balik kerana saya sering sakit,” jelasnya.

Sri Rabitah memberitahu, dia akhirnya dihantar pulang ke Indonesia pada tahun sama kerana sering sakit dan tidak mampu bekerja.

Menurutnya, sejak pulang ke kampung, penyakitnya tidak sembuh dan dia sering mengalami kencing berdarah serta lemah tubuh badan.

“Pada Januari lalu, saya menjalani pemeriksaan di hospital dan doktor yang membuat imbasan X-ray terkejut apabila mendapati buah pinggang kanan saya hilang,” katanya.

Sri Rabitah hadir ke pejabat ketua daerah Lombok Utara kelmarin untuk membuat aduan dan mendapatkan bantuan.

“Saya mahu kerajaan mengambil tindakan terhadap pihak yang mencuri sebelah buah pinggang saya,” tegasnya. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan