Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

BTC memberi kepada HDOK

: Zakaria (tengah) dan Mohamed Ali (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang pesakit kanak-kanak di HDOK Sandakan.
: Zakaria (tengah) dan Mohamed Ali (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang pesakit kanak-kanak di HDOK Sandakan.

SANDAKAN: Syarikat Kumpulan BTC Berhad telah menyampaikan sebanyak 750 bungkusan sumbangan kepada pesakit dan kakitangan di Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan di sini menerusi Program Lawatan Kebajikan dan Sumbangan, pada Sabtu.

Majlis penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Zakaria Haji Mohd Edris. Hadir sama, Pengarah Eksekutif BTC Corporation Sdn Bhd, Mohamed Ali Mohamed Yunoos.

Program yang diadakan setiap tahun itu merupakan sebahagian daripada aktiviti kebajikan syarikat tersebut dalam menjalankan tanggungjawab sosial mereka kepada masyarakat.

Sebanyak enam buah hospital iaitu Hospital Queen Elizabeth I dan II, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas, Hospital Mesra Bukit Padang, HDOK Sandakan dan Hospital Besar Tawau terpilih dalam program itu bagi tahun ini dengan melibatkan lebih kurang 5000 bungkusan sumbangan.

Selain beramal, kumpulan berkenaan juga memanfaatkan program itu untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dengan masyarakat.-AA/Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan