Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

BTC Bhd bantu golongan kurang berkemampuan

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid (tengah) menyampaikan sumbangan kepada penerima sambil disaksikan oleh Pengarah Urusan BTC,
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid (tengah) menyampaikan sumbangan kepada penerima sambil disaksikan oleh Pengarah Urusan BTC, Datuk Abdul Kadir ME Sikkandar (kanan).

KOTA KINABALU – Sempena bulan Ramadhan ini, Kumpulan BTC Berhad turut mengambil kesempatan untuk menghulurkan sumbangan amal jariah bagi membantu meringankan beban 230 orang penerima yang terdiri daripada golongan kurang berkemampuan.

Pengarah Urusannya, Datuk Abdul Kadir ME Sikkandar berkata, sumbangan tersebut juga diharapkan dapat membantu golongan terbabit membuat persiapan menyambut Syawal yang bakal menjelang tiba.

“Ini merupakan program tahunan syarikat sejak enam tahun lepas untuk membantu mereka yang memerlukan di samping dapat mengeratkan silaturrahim dengan masyarakat sekeliling,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Sedekah Jariah yang turut dihadiri oleh Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid di perkarangan Restoran Wisma BTC, di sini hari ini.

Majlis itu merupakan anjuran Pusat Khidmat Masyarakat DUN Karambunai dengan kerjasama BTC Berhad.

Para penerima yang terdiri daripada ibu tunggal, warga emas, fakir miskin serta mangsa kebakaran di Likas itu menerima sumbangan berbentuk barangan keperluan asas dan wang tunai daripada syarikat tersebut.

– oleh Nuzir Andi Samsiar / sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan