Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Brunei kawal sambutan Tahun Baru Cina

brunei

Bandar Seri Begawan: Selepas menginstitusikan undang-undang syariah dan mengekang sambutan Krismas, Brunei kini mengawal cara masyarakat Tionghua meraikan Tahun Baru Cina,

Menurut pemimpin agama, jika golongan kafir mula menaikkan pokok Krismas dan mengadakan tarian singa di tempat awam, Muslim akan menirunya dan ia boleh membawa kebinasaan.

Sekeping surat tersebar luas di media sosial menyatakan, tarian singa hanya boleh dipersembahkan pada waktu tertentu selama tiga hari mulai 19 Februari ini.

Tiga premis yang dibenarkan ialah kuil, dewan sekolah dan kediaman masyarakat Tionghua.

Persembahan di semua premis komersial dan kawasan awam dilarang sama sekali.

Ia juga mesti dihentikan sejam sebelum dan selepas masuk waktu solat serta disertai hanya komuniti Tionghua saja.

Kerajaan juga melarang pembakaran mercun dan bunga api. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan