Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,803

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

BRT beri manfaat kepada pengguna di KK

3:37pm 23/11/2015 Dewiana Tinggolongon 30 views Laporan Sidang DUN
Musa (kanan) bersalaman dengan Pairin (tengah) sambil disaksikan oleh Yahya (kiri).- Foto Alex Mairin / sayangsabah.

Musa (kanan) bersalaman dengan Pairin (tengah) sambil disaksikan oleh Yahya (kiri).- Foto Alex Mairin / sayangsabah.

KOTA KINABALU- Perkhidmatan Pengangkutan Bas Berbayar (BRT) memberi manfaat kepada pengguna melalui kemudahan yang disediakan.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman berkata, perkhidmatan BRT itu tertumpu di koridor laluan di antara empat Terminal Bas Bersepadu.

“Perkhidmatan bas sedia ada akan menjadi bas pengantara ke stesen-stesen BRT KK, justeru itu untuk peringkat pertama kerajaan tidak merancang untuk menggantikan bas-bas mini sedia ada,” katanya dalam Sidang di Dewan UndanganNegeri, di sini hari ini (Isnin).

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Panglima Wilfred M.Bumburing (UPKO- Tamparuli) yang ingin tahu mengenai maklumat lanjut mengenai dengan pelaksanaan ‘Bas Rapid Transport’ (BRT) yang telah diumumkan.

Musa berkata, BRT KK merangkumi tiga laluan utama sepanjang 44 kilometer termasuklah laluan pertama Putatan, kk ke Inanam, laluan kedua, KK ke penampang, laluan ketiga KK ke Alamesra,

Jelasnya laluan Putatan ke Kota Kinabalu dan ke Inanam dan Kota Kinabalu ke penampang akan dilaksanakan dalam fasa pertama manakala laluan KK ke Alamesra akan dilaksanakan dalam fasa perancangan jangka panjang.

Menurutnya, BRT merupakan sistem pengangkutan bas yang moden dan berhawa dingin yang menggunakan laluan khas sama ada secara ‘elevated’ atau ‘at grade’.

Katanya, dengan ciri-ciri itu BRT menyediakan kemudahan pengangkutan jadual yang teratur dan menapati masa.

“Bas BRT juga menggunakan kuasa bateri dan mesra alam  iaitu tiada pencemaran bunyi dan tiada emission.

“Dengan itu, BRT adalah sistem pengangkutan awam yang menggunakan teknologi hijau serta mesra alam,” ujarnya lagi.

Selain itu, katanya,sistem BRT menggunakan sistem pengangkutan pintar yang merangkumi komponen seperti CCTV dan ciri-ciri moden yang canggih.

Musa memberitahu, dengan adanya kemudahan pengangkutan yang efisen itu, ia dijangka memberi mod alternatif pengangkutan awam yang lebih menarik dan menarik lebih ramai pengguna.

Justeru itu, melalui penggunaan perkhidmatan berkenaan dan ia membantu kurangkan kesesakan jalanraya di bandaraya ini.

Dalam pada itu, beliau juga berkata, Kerajaan Negeri juga telah menubuhkan jawatankuasa pemandu dan Jawatankuasa Teknikal yang bertanggungjawab memantau projek itu.- Oleh Dewiana Tinggolongon / sayangsabah.

 

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan