Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

BR1M Belum Diagihkan

br1mb

Kota Kinabalu – Cawangan bank dan kios ATM di sekitar ibu negeri hari ini diserbu oleh orang ramai akibat penularan mesej palsu mengenai pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 4.0 di laman-laman sosial.

Menurut penipuan yang mempergunakan nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib itu mengumumkan bahawa akaun Bank CIMB, Bank Rakyat, Bank Islam dan Bank Muamalat calon-calon penerima telah dikemaskinikan dengan pembayaran BR1M pada 11 Januari yang lalu.

Tambah pembohongan itu lagi, pembayaran pemegang akaun bank yang selebihnya pula akan dikemaskinikan selepas tarikh tersebut.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah sebelum ini mengumumkan pembayaran BR1M akan hanya dipercepatkan mulai 15 Januari ekoran bencana banjir yang menimpa negara.

Orang ramai yang beratur untuk membuat pengeluaran BR1M tadi meluahkan rasa kecewa apabila mendapati akaun mereka masih belum lagi dikemaskinikan dengan pembayaran bantuan tersebut.

Salah seorang pemohon BR1M yang ditemui, Hanum Binti Damit, berkata dia telah keluar dari rumah sejak awal pagi dan sanggup beratur panjang kerana amat memerlukan bantuan kewangan daripada kerajaan.

“Saya berharap pihak yang tidak bertanggungjawab ini mendapat hukuman yang setimpal kerana memberikan harapan palsu kepada kami,” katanya tadi setelah diberitahu bahawa mesej yang tersebar luas itu merupakan satu penipuan. – Sukri/ SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan