Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,642

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bot Terbalik Di Perairan Pulau Papan, Tiga Anak Bot Selamat

10:03pm 02/08/2016 Pak Roshan 273 views Mutakhir,Tempatan,WP. Labuan
bot

gambar hiasan

LABUAN : Sebuat bot yang membawa bekalan air untuk sebuah kapal terbalik di perairan Pulau Papan di sini sejurus meninggalkan jeti Labuan tengah hari tadi.

Tiga orang anak bot itu diselamatkan vesel Agensi Penguakkuasa Maritim Malaysia (APMM), KM Bistari.

“Seorang mangsa hampir tenggelam, namun diselamatakan kru yang lain. Secara kebetulan bot kami sedang membuat rondaan di situ dan ternampak bot yang terbalik itu,” kata Ketua Penguatkuasa APMM Labuan, Kapten Che Adnan Md Isa.

Bot berkenaan sedang membawa bekalan air bersih untuk kapal Satria Jaguh yang sedang berlabuh berhampiran Pulau Papan, kira-kira 1.15 tengah hari apabila dipukul ombak besar.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan