Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bot rempuh jeti, 6 pelancong Thai terselamat

12:07pm 02/10/2016 Pak Roshan 194 views Mutakhir,Tawau,Tempatan
KEADAAN bot pelancong membawa enam warga Thailand yang melanggar jeti di Kampung Sum-Sum, Semporna, malam tadi. - Foto ihsan PPM Semporna

KEADAAN bot pelancong membawa enam warga Thailand yang melanggar jeti di Kampung Sum-Sum, Semporna, malam tadi. – Foto ihsan PPM Semporna

SEMPORNA: Enam pelancong Thailand dan seorang pemandu bot terselamat apabila bot dinaiki mereka merempuh jeti Kampung Sum-Sum, dekat sini, malam tadi.

Difahamkan, kejadian jam 7.10 malam itu berlaku ketika bot dalam perjalanan dari Pulau Mabul ke Jeti Kampung Sum-Sum hilang kawalan sebelum merempuh jeti berkenaan.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Madun, berkata ketika kejadian sepasukan anggota PPM sedang dalam tugasan Ops Paradise sebelum digerakkan ke lokasi sebaik menerima laporan.

“Sebaik tiba di jeti terbabit, semua pelancong Thailand itu terdiri daripada dua lelaki dan empat wanita serta pemandu bot, diselamatkan oleh orang awam.

“Dua daripada mereka yang mengalami kecederaan ringan masing-masing di mulut dan kening dihantar ke Hospital Daerah Semporna untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Mohamad Madun berkata, selain bot gagal dikawal, kejadian turut disebabkan oleh keadaan jeti yang panjang tanpa sebarang tanda dan  lampu, selain bot pelancong tidak dilengkapi dengan sistem navigasi. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan