Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,640

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bot pukat tunda ditahan Maritim Malaysia

5:20pm 02/11/2015 Ann Vivien 163 views Jenayah,Tempatan
Bot terbabit

Bot terbabit

SEMPORNA: Sebuah bot pukat tunda tempatan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di perairan tiga batu nautika tenggara Pulau Mata Pahi sekitar jam 11.08 pagi pada Ahad kerana lesen perikanan didapati melebihi had masa.

Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah Tawau, Kepten Maritim Anor Haji Jaafar berkata, bot pukat tunda tersebut ditahan dan diperiksa oleh bot peronda pihaknya yang kemudiannya didapati lesen perikanannya melebihi had masa pada 21 Jun 2015.

“Tiga daripada lima awak-awak bot yang berusia 15 hingga 68 tahun turut didapati tiada keterangan diri yang sah setelah gagal menunjukkan dokumen ketika diperiksa,” katanya dalam kenyataan kepada media di sini hari ini.

Menurutnya, ksemua awak-awak dan bot pukat tunda yang melanggar peraturan itu dibawa ke jeti APMM Semporna untuk siasatan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Perikanan 1985.

Beliau turut meminta semua komuniti maritim, khususnya di perairan Tawau supaya sentiasa mematuhi peraturan dan garis panduan semasa melakukan aktiviti di perairan negara ini serta menyalurkan maklumat berkaitan jenayah maritim kepada pihaknya menerusi MERS 999 atau Pusat Operasi Daerah Maritim Tawau (089-752115).-Alanna Adam/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan