Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,766

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bot Pelancongan Sabah Dicadang Wajib Pasang Ais

8:26pm 17/11/2016 Pak Roshan 315 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

jeti

KOTA KINABALU – Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah bercadang untuk mewajibkan semua bot pelancongan yang beroperasi di negeri itu memasang Sistem Pengesanan Automatik (AIS) bagi tujuan keselamatan.

Menterinya, Datuk Masidi Manjun berkata cadangan itu meningkatkan aspek keselamatan pelancong yang melawat pulau-pulau di Sabah, sekali gus memberikan impak positif kepada industri pelancongan di negeri itu.

Pemain industri pelancongan tidak seharusnya merasa terbeban kerana sistem AIS banyak mendatangkan kebaikan, katanya kepada pemberita selepas merasmikan penenggelaman kapal KM Kuraman di Taman Tunku Abdul Rahman, dekat sini, hari ini.

Katanya, ia susulan banyak insiden bot pelancong mengalami kerosakan dan terkandas di laut sehingga menyukarkan pihak berkuasa mengesan kedudukan mereka dan memberi pertolongan.

Justeru, katanya, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan semua yang terlibat termasuk pasukan keselamatan dan pemain industri pelancongan berhubung cadangan tersebut.

Sementara itu, Pengarah Agensi Penguat Kuasa Maritim Malaysia (APMM)Wilayah Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim, Mohd Zubil Mat Som berkata pemasangan AIS pada setiap bot pelancong akan memudahkan pihaknya menjalankan operasi penyelamatan.

“Bot-bot pelancong yang ada ketika ini memang memiliki peralatan keselamatan tetapi tidak mencukupi, pemasangan AIS sebenarnya melengkapkan lagi tahap keselamatan sesebuah bot itu,” katanya. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan