Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bot Pancung Disyaki Milik Penyeludup Dirampas APMM

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

KOTA KINABALU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kota Kinabalu merampas sebuah bot pancung yang ditinggalkan di kawasan hutan paya bakau berdekatan Kampung Baru-Baru, Kota Belud, disyaki milik penyeludup, petang semalam.

Ketua Penguatkuasa Maritim Kota Kinabalu, Kapten Zin Azman Md Yunus berkata bot yang tidak berdaftar berkenaan dirampas pada pukul 4.10 petang, selepas ditinggalkan pengendalinya ketika melarikan diri daripada buruan anggota APMM yang membuat rondaan di kawasan itu.

“Bot terbabit enggan berhenti apabila dihampiri bot peronda APMM dan suspek melarikan diri ke arah Teluk Ambong,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya anggota APMM yang mengejar bot suspek kemudian menemui bot itu berhampiran kawasan paya bakau berdekatan Kampung Baru-Baru.

Bagaimanapun katanya barang-barang yang diseludup telah dikeluarkan dan enjin bot itu dirosakkan suspek manakala pendawaiannya di potong.

Zin Azman berkata selain bot sepanjang tujuh meter itu, barangan lain yang disita ialah sebuah enjin sangkut, sebuah unit kawalan minyak, sebuah tong minyak berisi petrol dan satu unit bateri. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan