Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,651

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bot pancung dengan muatan minyak sawit mentah tanpa surat di tahan

11:37pm 28/01/2016 Leolerry Lajius 39 views Jenayah,Tempatan

IMG_8229-1

SANDAKAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim Sandakan (DM17) berjaya menahan sebuah bot pancung yang disyaki membawa minyak sawit mentah (crude palm oil / CPO) tanpa surat kebenaran kira-kira 0.1 batu nauti kadari Pantai Bandar Leila, tengah malam semalam.

Ketua Penguat Kuasa DM17, Kepten Maritim A. Razak Bin Abdrahman berkata, bot ronda APMM yang sebelum itu melakukan rondaan di sekitar perairan Pulau Libaran telah menerima maklumat daripada petugas bilik operasi DM17 berkenaan aktiviti pemindahan minyak sawit di kawasan perairan Bandar Ramai-Ramai.

Bertindak melalui maklumat yang disampaikan, bot ronda APMM dengan kekuatan lima orang anggota penguatkuasa bergegas ke kawasan tersebut dan telah mengesan sebuah bot pancung yang tidak mempunyai nombor pendaftaran.

“Ketika anggota kami cuba menghampiri bot tersebut, di dapati tekong bot telah pun melarikan diri. Hasil pemeriksaan lanjut, Bot tersebut disyaki telah selesai remind ahead dengan  muatan CPO dianggarkan lebih kurang 4 tan metrik tanpa surat kebenaran dan kes disiasat di bawah Akta Lembaga MinyakbSawit Malaysia 1998,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, nilai rampasan setakat ini masih dalam siasatan.Bot seterusnya dibawa masuk ke jeti APMM Sandakan dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat APMM DM17 untuk tindakan lanjut.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan