Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bot Pancing Hanyut dan Terdampar Di Perairan Brunei ditemui

2:03pm 31/12/2015 Leolerry Lajius 86 views Tempatan
IMG-20151228-WA0015

Keadaan bot yang ditemui terdampar di Pulau Pelumpong, Brunei.

LABUAN: Sebuah bot nelayan laut dalam, dari Labuan dipercayai rosak sebelum hanyut dan terdampar di Pulau Pelumpong, Brunei berikutan angin dan ombak yang kuat.

Bot CONCUEROO bernombor LNF 313, milik Rei Management SDN. BHD itu sedang dalam perlayaran ujian jentera bersama-sama 5 orang kru termasuk tekong bot di perairan Labuan pada 28 Disember lalu.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Daerah Labuan, Kapten Maritim Che Adnan Md Isa berkata, Bilik Operasi Maritim Labuan menerima panggilan kecemasan pada jam 3.55 pagi berkenaan kejadian tersebut dan pihak  Maritim Labuan telah mengerakkan Bot Peronda untuk melaksanakan Operasi Mencari dan Menyelamat

Pada jam 5.05 pagi Maritim Labuan menerima maklumat bahawa bot tersebut telah ditemui terdampar di Pulau Pelumpong, Brunei.

“Maritim Labuan telah berhubung dengan Polis Marin Brunei dan dimaklumkan kesemua mangsa berjaya diselamatkan pada jam 7.36 pagi dan mangsa di bawa ke Pangkalan Polis Marin Brunei untuk siasatan sebelum dibenarkan pulang ke Labuan,”katanya.

Kerjasama yang baik antara Maritim Labuan dan Polis Marin Brunei telah mempermudahkan kordinasi masa Operasi Mencari dan Menyelamat. Sebarang aduan dan kecemasan di laut boleh dilaporkan di talian 24 jam MERS 999 dan Pusat Operasi Maritim Daerah Maritim Labuan di talian 087-427999.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan