Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bot nelayan tenggelam, warga Indonesia hilang

PIHAK Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia mengiringi sebuah bot nelayan selepas tenggelam di perairan Pulau Mengalum, kira-kira 17 batu nautika dari Pulau Gaya, menyebabkan seorang nelayan hilang. – Foto ihsan Maritim Malaysia

 

KOTA KINABALU: Seorang nelayan hilang selepas bot dikemudi tenggelam di perairan Pulau Mengalum, kira-kira 17 batu nautika dari Pulau Gaya, di sini, pagi tadi.

Difahamkan, mangsa dikenali sebagai Husain Ishak, 23, warga Indonesia, bergerak seorang diri dengan menaiki sebuah bot dari Pulau Gaya menuju ke Pulau Mengalum untuk menangkap ikan, kira-kira jam 5 pagi kelmarin.

Bagaimanapun, katanya, setiba di lokasi, bot berkenaan tiba-tiba tenggelam dan mangsa hilang.

Kejadian itu dimaklumkan oleh pemilik bot yang melaporkannya kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), jam 6.45 pagi.

Pengarah Maritim Malaysia Daerah Maritim 15 Kota Kinabalu, Laksamana Pertama Maritim Adam Aziz, berkata sebuah bot pengawal Maritim Malaysia Kota Kinabalu dikerah ke lokasi bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR) sebaik menerima maklumat.

“Sehingga kini, operasi SAR masih dilakukan dan dilaporkan seorang lelaki berada di bot berkenaan. Bagaimanapun, setakat ini mangsa belum ditemui,” katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Adam berkata, operasi SAR turut dibantu anggota Pasukan Polis Marin (PPM) Kota Kinabalu dan beberapa bot nelayan tempatan. – BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan