Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,818

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bot nelayan tempatan bersama 27 awak-awak warga asing ditahan

11:06am 27/08/2016 Leolerry Lajius 280 views Jenayah,Sandakan,Tempatan
Bot yang ditahan pihak Maritim.

Bot yang ditahan pihak Maritim.

SANDAKAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Daerah Maritim 17 Sandakan (DM 17) telah menahan sebuah bot nelayan tempatan bersama 27 awak-awak warganegara Filipina lebih kurang 18 batu nautika dari Pulau Billiean, rabu lalu.

Pengarah Maritim DM 17, Kepten Maritim A. Razak bin Abd Rahman berkata, Kapal Maritim Malaysia yang melakukan rondaan Ops Pluto Timur telah mengesan sebuah bot nelayan tempatan sedang bergerak laju menuju ke arah perairan Pulau Malawali dari arah sempadan perairan Malaysia-Filipina.

“Bot nelayan tersebut berjaya ditahan pada pukul 10.30 malam dan hasil pemeriksaan mendapati seramai 27 awak-awak warganegara Filipina tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah manakala dua orang lagi memiliki dokumen IMM13 berumur dalam lingkungan 14 hingga 52 tahun.” Katanya pada satu kenyataan di sini.

Menurutnya, bot nelayan tersebut disyaki telah mengambil awak-awak warga asing di Pulau Sibogo sebelum dibawa ke perairan Pulau Billiean untuk melakukan aktiviti memancing ikan menggunakan bot-bot kecil yang terdapat di atas bot nelayan tersebut.

Tambah Razak lagi, hasil laut yang diperolehi kemudian ditimbang dan dijual kepada tekong. Bot nelayan tempatan tadi kemudiannya mengangkut hasil laut tersebut ke Kudat pada sebelah pagi sebelum ditahan pada sebelah malamnya ketika mereka sedang berehat.

Bot nelayan tersebut telah diiring masuk ke Jeti DM17 untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia dan akan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63./SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan