Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bot Nelayan Klon Ditahan APMM Di Kudat

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

KOTA KINABALU : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan bot nelayan klon yang dikendalikan 14 warga Vietnam di perairan Pulau Bambangan dekat Kudat semalam.

Menurut kenyataan APMM di sini hari ini, bot itu dipercayai diklonkan menggunakan nombor pendaftaran dan dokumen yang dipalsukan.

Ketika kejadian, aset APMM iaitu KM Ikhlas yang diketuai Leftenen Komander Maritim Mohd Shahril Anuar Mohd Yusop sedang melakukan rondaan rutin di perairan itu.

“Pemeriksaan yang dilakukan ke atas bot bernombor SBF46 itu mendapati 14 krew warga Vietnam bersama muatan yang merupakan pelbagai hasil laut.

Bot asal dengan nombor pendaftaran itu pula dilaporkan di perairan Kota Kinabalu pada hari sama,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, pengklonan bot itu dipercayai didalangi sindiket tertentu bertujuan melakukan kegiatan menangkap ikan secara haram.

Kes itu disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63, manakala siasatan terperinci akan dilakukan bagi mengesan dan mendakwa dalang-dalang sindiket itu.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan