Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,688

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bot nelayan ditahan bersama barang kawalan yang cuba diseludup ke Filipina

6:28pm 02/08/2016 Leolerry Lajius 38 views Jenayah,Mutakhir

 

SANDAKAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Daerah Maritim Sandakan (DM 17) telah berjaya menahan sebuah bot nelayan membawa pelbagai barang kawalan yang disyaki untuk diseludup keluar ke Filipina lebih kurang 10 batu nautika dari Pulau Bakungan Kecil, semalam.

Dalam kejadian pukul 1 petang itu, kapal ronda Maritim Malaysia yang sedang menjalankan rondaan OP Pluto Timur telah memeriksa bot bernombor pendaftaran SN 1985/4/F yang bergerak dari Sandakan menuju ke Pulau Bakungan Besar, Filipina selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan.

Pengarah Maritim DM 17, Kepten Maritim A. Razak Bin Abd Rahman berkata, seorang tekong berumur 48 tahun dan seorang awak-awak berumur 15 tahun telah diperiksa dan disyaki memiliki dokumen pengenalan diri yang meragukan.

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas bot, kami menjumpai beras, minyak masak, gula, tepung gandum, tong gas LPG dan gelen berisi minyak petrol”, katanya dalam dalam satu kenyataan di sini.

Tambah beliau, bot nelayan tersebut disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Imigresen 1963. Bot dan awak-awak telah dibawa masuk ke Jeti Maritim Malaysia Sandakan dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat DM 17 untuk tindakan lanjut.

“Kita akan terus meningkatkan kawalan keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang Maritim bagi memastikan keselamatan perairan kita sentiasa terjamin dan saya berharap agar komuniti maritim juga dapat memberi kerjasama dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah maritim dengan menghubungi Pusat Operasi DM 17 di talian 089-229504 atau talian MERS 999,” katanya./SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan