Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bot nelayan asing larikan diri elak ditahan penguatkuasa Maritim Malaysia

11:12am 21/05/2016 Elezebeth Esther Onjining 153 views Tempatan
Antara bot nelayan yang ditahan pihak penguatkuasa Maritim Malaysia

Antara bot nelayan yang ditahan pihak penguatkuasa Maritim Malaysia

SANDAKAN- Cubaan tekong bersama 14 awak-awak warganegara Vietnam menceroboh perairan Malaysia untuk melakukan aktiviti perikanan haram tidak berjaya apabila kesemua mereka ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Daerah Maritim 17 Sandakan (DM17) berhampiran Pulau Billean, pada 19 Mei lalu

Pengarah Maritim DM 17, Kepten Maritim A. Razak bin Abd Rahman berkata, Kapal Maritim Malaysia yang melakukan rondaan Ops Pluto Timur telah mengesan tiga buah bot nelayan disyaki nelayan asing sedang menuju ke sempadan Malaysia-Filipina kira-kira pukul 3.18 petang.

“Kapal Maritim menuju ke lokasi bot nelayan untuk melakukan pemeriksaan rutin namun bot tersebut bergerak laju dan tidak mengendahkan arahan lisan dan isyarat tangan menyuruh berhenti yang diberikan.

“Insiden kejar mengejar telah berlanjutan selama 45 minit dan turut membahayakan nyawa anggota penguatkuasa kerana bot nelayan tersebut bertindak berani dengan melanggar kapal milik Maritim Malaysia.” Katanya pada satu kenyataan di sini.

Atas faktor keselamatan, anggota penguatkuasa telah melepaskan tembakan amaran ke udara beberapa kali namun hanya sebuah bot sahaja yang memperlahankan pergerakan manakala dua lagi terus meluncur laju keluar ke sempadan Malaysia-Filipina.

Menurutnya, penggeledahan ke atas bot nelayan tersebut dilakukan sebaik berjaya memintas pergerakannya dan mendapati kesemua 15 orang awak-awak termasuk tekong warganegara Vietnam berumur dalam lingkungan 20-40 tahun gagal menunjukkan sebarang pengenalan diri dan dokumen perjalanan yang sah.

Tambah razak, hasil pemeriksaan teliti yang dilakukan telah menjumpai pemampat udara, panah untuk menembak ikan dan kaki itik untuk kegunaan menangkap ikan dengan cara menyelam sambil memanah ikan di dasar laut.

Bot tersebut telah diiring masuk ke Jeti DM17 untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia dan akan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Perikanan 1985.-SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan