Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bot muatan hampir karam di Pulau Mabul

Kapal membawa muatan rotan yang terlanggar batu karang. - foto APMM
Kapal membawa muatan rotan yang terlanggar batu karang. – foto APMM

TAWAU – Enam lelaki diselamatkan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) selepas kapal muatan yang mereka naiki hampir karam di Pulau Mabul, di sini, akibat terlanggar batu karang sehingga menyebabkan kebocoran.

Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah, Kapten Anor Jaafar berkata, bertindak atas maklumat mengenai kejadian itu, pihaknya mengerahkan dua buah bot peronda APMM ke lokasi kejadian pada kira-kira 4 pagi kelmarin.

Menurutnya, bot berkenaan tiba ke lokasi kejadian 30 minit kemudian, lalu merapat ke kapal tersebut dan mendapati terdapat enam awak-awak yang belum dikenalpasti kewarganegaraan mereka berada dalam keadaan selamat meskipun kapal mereka sudah dimasuki air.

“Berikutan kejadian itu sebuah bot APMM segera menyelamatkan empat awak-awak dan dibawa ke Jeti Seafest untuk rawatan lanjut manakala dua lagi ditempatkan di kapal tersebut bagi menunggu bantuan kapal lain,’’ katanya.

Anor berkata, kesemua awak-awak yang berumur 30-an itu turut ditahan untuk siasatan lanjut kerana melanggar arahan perintah berkurung fasa ke-17 bermula 7 malam hingga 5 pagi yang bermula 30 Mac hingga 15 April 2015. Sebarang kecemasan yang berlaku di perairan boleh menghubungi APMM di talian MERS 999 atau Hotline APMM Tawau di talian 089-752115. – oleh Masani Sandan / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan