Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

BOT KARAM, PEMANCING DITEMUI LEMAS

Anggota MARITIM MALAYSIA bersama Pasukan Polis Marin mengangkat mayat mangsa yang ditemui di perairan Semarang, Labuan dan dibawa ke Hospital Labuan untuk dibedah siasat. Gambar SNT/Ehsan MARITIM MALAYSIA Labuan

LABUAN: Seorang lelaki yang gagal pulang ke rumah selepas keluar memancing dua hari lalu ditemui mati di perairan Semarang, Labuan pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Che Adnan Md Isa berkata, mayat mangsa, Sibaru Apui, 54, ditemui oleh Pasukan Polis Marin Labuan berhampiran kawasan kejadian pada jam 11 pagi.

“Gerakan Operasi Mencari dan Menyelamat telah diaktifkan pada pagi tadi selepas pihak MARITIM MALAYSIA Labuan menerima laporan daripada pihak polis lewat petang semalam.

Anggota MARITIM MALAYSIA bersama Pasukan Polis Marin mengangkat mayat mangsa yang ditemui di perairan Semarang, Labuan dan dibawa ke Hospital Labuan untuk dibedah siasat. Gambar SNT/Ehsan MARITIM MALAYSIA Labuan

“Abang mangsa telah membuat laporan polis selepas risau akan keselamatan adiknya yang tidak pulang ke rumah selepas pergi memancing bersama seorang rakan sejak dua hari lalu.

“Sejurus itu, Bilik Operasi Maritim Labuan menerima laporan bahawa rakan mangsa telah diselamatkan oleh bot nelayan yang melalui kawasan kejadian dan menghantarnya ke Jeti Kuala Penyu,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Che Adnan, menurut rakan mangsa yang berusia 50 tahun itu bot mereka karam di perairan Semarang, Labuan setelah mengalami kebocoran lebih kurang jam 9 malam, Jumaat lepas.

Kedua-dua mereka sempat memakai jaket keselamatan sebelum meninggalkan bot.

Walau bagaimanapun, mereka terpisah sejam kemudian berikutan cuaca buruk ketika itu, ujarnya.

Mayat mangsa telah dibawa ke Jeti MARITIM MALAYSIA Labuan dan dihantar ke Hospital Labuan untuk dibedah siasat. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan